Profil
Digide Technology (001848594-K) merupakan syarikat yang komited dalam merealisasikan cita-cita dalam menjadikan sumber terbuka dan Linux sebagai salah perisian yang diterima oleh rakyat Malaysia dan dunia.
Kami merupakan syarikat yang diasaskan dengan prinsip kepercayaan bahawa perisian itu umpama ilmu sains yang mana ia berhak dikongsi dan dikaji oleh pengguna komputer supaya penambahbaikan dan manfaatnya boleh dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kami juga percaya bahawa kurang dari sedekad dari sekarang, sumber terbuka akan menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan kebebasan dalam penggunaan perisian.
Justeru, Digide Technology telah memulakan langkah dalam memperkenalkan sumber terbuka dan Linux melalui internet, majalah dan beberapa acara lain dalam mempertingkatkan kesederan di kalangan pengguna.
Jom Linux, iaitu sebuah komuniti tajaan Digide Technology juga sedang rancak memperkenalkan perisian sumber terbuka.
Pengedar Rasmi Ubuntu Pertama Malaysia.
Digide Technology merupakan syarikat tempatan pertama yang diberikan kepercayaan sebagai pengedar rasmi Ubuntu bagi di Malaysia. Ini selari dengan fokus kami yang ingin memperkenalkan Ubuntu sebagai distro utama Linux kepada pengguna akhir (end user) dan juga pengguna baru (newbie) yang ingin menggunakan Linux OS sebagai OS utama.
>> Rujukan Pengedar Rasmi >> Trademark Ubuntu
Program Jom Jelajah.
Mengadakan sesi jelajah (roadshow) apabila dipelawa oleh pihak -pihak tertentu untuk memperkenalkan Linux terutamanya Ubuntu pada organisasi mereka. Program ini juga dilakukan bersama komuniti tajaan kami iaitu Jom Linux.
Produk dan Perkhidmatan.
Sesuai dengan produk kami yang berteraskan sumber terbuka dan Linux, kami menawarkan kebanyakkan gajet asas untuk Linux melalui web e-dagang kami di Digiplex. Kami juga menyediakan servis atau perkhidmatan yang boleh dirujuk pada laman ini.
>> Produk >> Perkhidmatan
Kolaberasi Bersama Majalah PC.
Satu-satunya majalah IT berbahasa Melayu yang ada di Malaysia. Merupakan salah satu keluaran syarikat penerbitan yang terkenal di Malaysia iaitu Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Melalui kolaberasi ini kami akan menyediakan beberapa kolum dalam mengetengahkan Ubuntu dan perisian sumber terbuka di setiap keluaran majalah ini.
>> Majalah PC.


