Bantuan
Bakul
0 barang
 

Bantuan

Membuat Tempahan.

Anda boleh membuat tempahan untuk satu atau pelbagai produk sekaligus. Namun, anda digalakkan untuk membeli produk secara banyak memandangkan ia lebih jimat dari kos penghantaran. Ikuti langkah di bawah untuk membuat tempahan.

  1. Pilih produk yang ingin ditempah dari senarai produk yang kami tawarkan.
  2. Pada halaman produk tersebut - isikan kuantiti yang anda inginkan dan klik Tambah produk ke dalam Bakul.
  3. Produk dipilih tadi akan dimasukkan ke dalam Bakul dan akan muncul kekotak sebelah kiri.
  4. Klik Checkout untuk pergi ke proses Login Akaun dan pembayaran.

Membuat Checkout.

Setelah anda melakukan tempahan (rujuk Membuat Tempahan) - anda akan dibawa ke bahagian Login Akaun.

Terdapat dua pilihan di situ sama ada Saya Pelanggan Baru atau Pelanggan Berulang :

  • Jika anda Pelanggan Berulang, isikan e-mel dan katalaluan.
  • Jika anda Pelanggan Baru, sila pilih sama ada melakukan -- Pendaftaran Akaun atau Checkout Tetamu.

Beza Pendaftaran Akaun dan Checkout Tetamu.

Apabila anda memilih Pendaftaran Akaun anda dikehendaki mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat dan no. fon dan juga anda kena membuat katalaluan bagi membolehkan anda login pada masa akan datang.

Checkout Tetamu pula hampir sama cumanya anda tidak perlu membuat katalaluan. Ini bermakna jika anda ingin membuat belian dari laman kami pada masa mendatang, anda perlu mengisi semula maklumat yang diminta.

Memilih Penghantaran.

Terdapat beberapa pilihan dari penghantaran, pilih mengikut kesesuaian kos anda. Namun, harus diingatkan untuk penghantaran lebih terjamin dicadangkan anda menggunakan cara penghantaran selain Pos Biasa.

Ini kerana, Pos Biasa tiada nombor rujukan dan seterusnya menyulitkan proses pengesanan jika tidak sampai.

Memlih Pembayaran.

Penerangan jenis pembayaran di halaman Maklumat Pembayaran.

  • Jika ingin membuat bayaran melalui Kad Kredit atau pembayaran online PayPal . Sila pilih PayPal / Kad Kredit .
  • Jika ingin membuat pembayaran secara Online Banking, Deposti Tunai atau Pindahan Wang. Sila pilih Pindahan Bank.

Pembayaran Melalui Pindahan Bank.

Tiada pengesahan pembayaran yang diperlukan jika anda memilih untuk membayar secara kad kredit, PayPal atau datang terus ke premis kami. Namun, pengesahan bayaran hendaklah dibuat jika memilih Pindahan Bank:

  1. Login ke e-mel yang digunakan ketika membuat belian di Digiplex.
  2. Periksa e-mel yang dihantar oleh kami. Periksa folder SPAM atau Junk jika tiada dalam Inbox.
  3. Klik pada link yang ada pada e-mel berkenaan.
  4. Sila rujuk maklumat yang tertera di situ untuk tujuan pengesahan.