Soalan Lazim
Apakah jenis bayaran yang diterima?
Kad kredit, PayPal, Maybank, CIMB dan juga Pindahan Interbank.
Bagaimana hendak membayar sen melalui Mesin Deposit?
Mesin Deposit tidak menerima duit syiling untuk bayaran. Jadi, jika anda mempunyai akaun Maybank atau CIMB sila lakukan langkah berikut:
- Depositkan terlebih dahulu ke akaun anda sendiri.
- Gunakan mesin ATM dan buat Pindahan Wang.
- Isikan nombor salah satu akaun kam dan isikan jumlah bayaran. ATM boleh memindahkan wang dengan nilai sen.
Berapa lama masa tempahan akan sampai?
Bergantung pada jenis penghantaran yang dipilih ketika menempah. Selalunya, kurier akan sampai 2 hingga 5 hari bekerja (mengikut kawasan) dari tarikh penghantaran. Manakala pos biasa mengambil 3 hingga 7 hari bekerja (mengikut kawasan).
Adakah tempahan saya boleh terbatal?
Ya, jika anda tidak membuat pengesahan bayaran dalam tempoh 48 jam waktu bekerja dari tarikh tempahan dibuat - pesanan anda akan dibatalkan.
Jika pesanan saya terbatal, apa yang perlu saya buat?
Anda perlu membuat tempahan semula dari kami.
Adakah anda menerima tempahan dari negara luar selain Malaysia?
Buat masa ini, tidak.
Boleh tak kami beli terus dari premis anda?
Tidak. Kami hanya melakukan transaksi online dan penghantaran melalui pos sahaja.
Bila tempahan saya akan mula dipos?
Kami melakukan sesi penghantaran 3 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Bermakna jika tempahan anda diproses pada hari Isnin atau Selasa ia akan dihantar pada hari Rabu. Jika diproses hari Rabu atau Khamis ia akan dihantar hari Jumaat. Jika diproses hari Jumaat, Sabtu atau Ahad maka tempahan akan dihantar pada hari Isnin.

Bakul
Kategori
Maklumat