Mengenai Kami
Digide Technology (001848594-K) merupakan syarikat yang komited dalam merealisasikan cita-cita dalam menjadikan sumber terbuka dan Linux sebagai salah satu perisian yang diterima oleh rakyat Malaysia dan dunia.
Kami merupakan syarikat yang diasaskan dengan prinsip kepercayaan bahawa perisian itu umpama ilmu sains yang mana ia berhak dikongsi dan dikaji oleh pengguna komputer supaya penambahbaikan dan manfaatnya boleh dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Kami juga percaya bahawa kurang dari sedekad dari sekarang, sumber terbuka akan menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan kebebasan dalam penggunaan perisian.
Justeru, Digide Technology telah memulakan langkah dalam memperkenalkan sumber terbuka dan Linux melalui internet, majalah dan beberapa acara lain dalam mempertingkatkan kesederan di kalangan pengguna.
Jom Linux, iaitu sebuah komuniti tajaan Digide Technology juga sedang rancak memperkenalkan perisian sumber terbuka. Oleh itu, apabila anda membeli sebarang item atau servis dari laman Digiplex ini. Ketahuilah anda sebenarnya menyumbang kepada pengembangan sumber terbuka!

Bakul
Kategori
Maklumat