Nexus One.Hanya Umpan.
Hangat bahkan panas sejak beberapa bulan ini bila terbocornya ura-ura yang Google akan mengeluarkan fonnya sendiri. Yang mana, pada lidah-lidah pemblog dahulu, fon ini dikenali sebagai Google Phone.
Maka, nama itu telah pun tidak relevan lagi apabila Google mengumumkan nama rasminya – Nexus One.
Pertama-tamanya, walaupun banyak hip yang kedengaran dari review tentang Nexus One. Saya sendiri tidak minat dengan hip ini. Ramai orang merebiu produk ini dan mengatakan iPhone killer. Maaf sekali lagi, saya tidak percayakan itu.
Kalau diberi pilihan – iPhone lawan Nexus One. Bagi saya tetap memilih iPhone sekalipun ia bukanlah produk dengan sumber terbuka seperti Android. Saya pilih atas beberapa faktor lain.
Saya ingin kupas di sini, seboleh-bolehnya ringkas, beberapa faktor yang saya anggap ini (Nexus One) sebagai umpan.
Apa motif Google?
Berbilion orang menggunakan Google sebagai enjin carian dan servis lain seperti Gmail. Malah Jom Linux sendiri menggunakan Googlegroups untuk menguruskan mailing list nya. Saya rasa Google bagus dari servis yang ditawarkan. Bagaimana syarikat servis dan perisian ini takde guruh takde ribut tau-tau aja ingin keluarkan fon?!
Chrome OS, Android dan seterusnya?
Apa persamaan antara Chrome OS, Android dan terbaru ini Nexus One..ia platform berbeza. Sesiapa sahaja boleh gunakannya. Bukan seperti Mac hanya untuk Apple.
Ya..jawapnya..produk-produk ini diintegerasikan dengan ketat pada servis Google. Android akan search online pada Google. Ada ikon untuk Gmail begitu juga yang lain-lain. Pendek kata, ia untuk menarik lebih ramai orang untuk menggunakan Google. Sebab itu Yahoo! telah terkebelakang dalam hal ini. Begitu juga dengan MSN serta Bing!
Nexus One hanya sementara.
Saya hampir 97% yang Nexus One adalah produk balas dendam Google apabila aplikasi Google Voice nya ditendang oleh Apple. Google Voice ini membolehkan anda membuat panggilan dari iPhone melalui internet..boleh katakan ia hampir percuma. Katakan anda menyambung iPhone ke Wifi terdekat dan memanggil rakan hanya melalui internet (VoIP).
Dengan langkah ini Google harap pengguna iPhone akan menafaatkan teknologi ini dan Google boleh menawarkan perkhidmatan telco jenis baru aka VoIP.
Apabila ditendang aplikasi ini, ia akan mengalihkan usaha Google bagi menawan sektor ini. Sedangkan Skype masih lagi dominan.
Umpan, pembuat fon & pembekal servis.
Jika rancangan Nexus One berjaya, ada dua perkara utama yang akan mencorakkan masa depan fon dan pembekal servis :
1) Fon akan menjadi peranti web.
2) Pembekal servis seperti Maxis, Celcom dan lain-lain akan hilang relevan.
Bayangkan senario ini.
1) Hari ini hampir kebanyakkan kawasan mempunyai Wifi percuma, anda boleh sambung dengan Wifi melalui fon dan gunakan Skype atau Google Voice untuk hubungi rakan yang menggunakannya. Berapa caj yang dikenakan? hampir sifar. Peranti apa yang boleh dihubungi? Desktop, laptop, netbook dan fon.
Atau,
2) Gunakan Maxis/Celcom/Digi untuk panggil ke rakan yang mempunyai fon dengan kadar XX sen seminit. Peranti apa yang boleh dihubungi? Fon.
Yang mana satu anda akan pilih?
iPhone @ iPod @ Macbook Air Killer. Hanya menjadikan Apple terkenal.
Selagi anda menyebut produk lain sebagai iPhone killer, MacBook Air killer anda hanya mendoakan Apple lebih terkenal! Ia betul. Bila orang membeli Dell Adamo, orang akan cakap, Dell cuba meniru MacBook Air, begitu juga dengan HTC Magic dan lain-lain.
Kalau produk Apple tak bagus, orang tak akan membandingkannya dengan lain.
Rumusan.
Pada pandangan saya, Nexus One merupakan projek sementara Google supaya industri fon menerapkan standard yang diharapkan. Pendek kata kalau semua orang memerlukan sinkronasi kalendar dengan internet. Sudah pasti Google Calendar akan menjadi rujukan utama.
Saya masih tak nampak kebaikan memiliki Nexus One sebagai gajet fon saya kerana tak jelas dan sebab ia membuat fon tersebut. Namun, saya respek dan kagum dengan strategi yang digunakan Google.
P.S : Ehh…kalau fon ni rosak nak hantar kat mana ek? Apple Store?












Leave your response!