Kemaskini. Baju Linux.
Perkembangan terkini mengenai T-shirt Linux nampaknya positif dan baik. Kami difahamkan baju-baju ini akan siap pada hari Jumaat ini. Oleh itu, dijangka Isnin minggu depan, baju ini akan diposkan pada para penempah semua.
Bagi mereka yang sudah pun membayar RM 15 untuk sehelai baju, tiada kenaikan bagi harga baju. Kos lebih akan ditanggung oleh kami sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan anda. Jadi, anda cuma perlu membayar tambahan RM 4 untuk kos penghantaran.
Terima kasih sekali atas sokongan anda!
Nota : Mereka yang telah membuat bayaran kos penghantaran sewaktu proses menempah dahulu. Anda tidak perlu lagi membayar apa-apa.
Yang benar,
Pengurus Jualan
Digide Technology
Kemaskini.
Salam sejahtera,
Ada beberapa isu dan kemusykilan yang timbul tentang harga baju Linux.
Untuk jumlah penuh yang perlu ada bayar adalah RM 19 (jika anda ingin baju ini dipos). Kos ini terbahagi kepada dua (2) :
- Kos baju itu sendiri : RM 15.
- Kos penghantaran : RM 4.
Kalau diikutkan, harga baru waktu proses tempah itu tidak tetap. Namun dijulatkan harga baju antara dari RM 15 hingga RM 29.
Jika tempahan ini kurang ketika waktu pra-tempah dulu, harga baju ini akan lebih dari RM 15 dan para penempah perlu membayar baki harga baru ditolak dengan RM 15 tadi.
Bagaimanapun, kami berkeputusan untuk mensubsidi harga ini (kami menanggung kos) dan kekalkan pada harga RM 15.
Bagi yang mintak pos, kenalah tambahan RM 4 untuk tujuan pos (yang mana kalau ikutkan kos pos sehelai baju dalam RM 6 tapi yang ini pun disubsidi kami) melainkan anda datang untuk ambil maka RM 4 ini tidak perlu dibayar.
Harap membantu. Jika ada sebarang kemunsykilan sila emel ke jualan@digide.com.my .
===============
Cara Pembayaran.
===============
- Depositkan RM 4 ke akaun kami. Nombor akaun boleh rujuk di sini : http://digiplex.digide.com.my/index.php?route=information/information&information_id=6
- Hantar emel ke jualan@digide.com.my dengan maklumat pembayaran seperti masa, tarikh dan bank.
- Dari emel anda kami akan kesan username dan password ketika anda membuat tempahan baju tempoh hari.
Sekali lagi diingatkan. RM 4 hanya untuk mereka yang ingin baju Linux ini diposkan. Tiada caj tambahan jika datang ambil.











awal yang baik
Leave your response!