Untuk makluman, tempahan awal t-shirt Linux sudah pun ditutup pada 31 Disember 2009 yang lepas dan Digide Technology sekarang dalam proses rundingan dengan pembekal baju supaya mendapat harga yang terbaik untuk para penempah.
Ramai yang tak sabar-sabar dengan kemunculan pelekat baru. Beberapa teman dan komentar di Jom Linux sendiri bertanyakan hal yang sama pada kami, Digide. Walaupun lewat sedikit dari tarikh yang disasarkan namun akhirnya berjaya juga produk ini dihasilkan.
Digide Technology akan menggeluarkan pelekat Linux yang boleh didapati pada laman rasmi Digiplex. Sebelum ini, Digide telah pun mengeluarkan pelekat Powered By Ubuntu, namun pelekat ini hanya terhad pada penggunaan distro Ubuntu sahaja.